BERITA SEMASA

Sambutan meriah cerminan hubungan komuniti – Khaled Nordin

PASIR GUDANG – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan sambutan meriah Majlis Rumah Terbuka Warna Warni Aidilfitri di Taman Cendana di sini, semalam sebagai bukti kerjasama erat dalam kalangan komuniti setempat.

Beliau berkata, majlis tersebut bukan sekadar sambutan satu perayaan tetapi juga medan memperkukuhkan silaturahim dan semangat kemasyarakatan yang tinggi.

Majlis Rumah Terbuka Warna Warni Aidilfitri di Taman Cendana di sini, semalam

“Sambutan yang cukup meriah itu menjadi cerminan betapa kukuhnya sokongan dan kerjasama komuniti di sini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook semalam.

Menurut Khaled, majlis itu turut membuka ruang untuk beliau menyantuni penduduk yang selama ini sentiasa menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi, meskipun sudah lama tidak bersua.

“Kehadiran mereka bukan sahaja kerana ingatan yang baik, tetapi juga sebagai tanda sokongan mereka yang tidak pernah pudar.

“Walaupun sudah lama tidak bersua, mereka tidak pernah lupakan saya. Dan saya juga tidak pernah lupakan mereka,” katanya lagi.

Antara yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Warna Warni Aidilfitri di Taman Cendana di sini, semalam

Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis tersebut serta mendoakan agar semangat persaudaraan yang terjalin akan terus diperkukuh.

“Terima kasih dan tahniah buat semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin,” tambahnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button