BERITA SEMASA

Sambutan Krismas KPKT erat hubungan diplomatik, tonjol keharmonian Malaysia

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencipta sejarah apabila menjadi tuan rumah kepada hampir 23 kedutaan asing serta dua badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu yang diadakan di perkarangan kementerian itu, malam tadi.

Sambutan Krismas KPKT erat hubungan diplomatik, tonjol keharmonian Malaysia
Menteri KPKT, Nga Kor Ming

 

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, penganjuran sambutan tersebut melambangkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memupuk nilai kasih sayang, keamanan dan perpaduan, selain memperkukuh hubungan persahabatan dengan komuniti antarabangsa.

Menurut beliau, kepelbagaian budaya dan perayaan yang diraikan di Malaysia bukan sekadar simbolik, sebaliknya mencerminkan identiti nasional yang berteraskan keharmonian dan saling menghormati.

Sambutan Krismas KPKT erat hubungan diplomatik, tonjol keharmonian Malaysia
Sambutan Krismas KPKT erat hubungan diplomatik, tonjol keharmonian Malaysia

“Daripada Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali hinggalah Krismas dan Tahun Baharu, semuanya diraikan sebagai satu keluarga besar.

“Inilah jiwa sebenar Malaysia, di mana kepelbagaian bukan sahaja dikongsi, malah diraikan sebagai kekuatan negara,” katanya di sini, semalam.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua wakil kedutaan dan badan antarabangsa atas persahabatan serta kerjasama erat yang diberikan kepada Malaysia, khususnya dalam usaha memperkukuh nilai kemanusiaan sejagat.

Dalam pada itu, Kor Ming mewakili KPKT dan Kerajaan MADANI mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua yang meraikannya serta Tahun Baharu yang dipenuhi kegembiraan, kesejahteraan, harapan dan kemakmuran.

Sementara itu, wakil kedutaan asing yang hadir menzahirkan penghargaan terhadap penganjuran majlis tersebut yang disifatkan sebagai platform penting dalam mengeratkan hubungan antara Malaysia dan masyarakat antarabangsa.

Menurut salah seorang wakil, sambutan berkenaan memberi pengalaman bermakna dan mencipta kenangan indah, selain mencerminkan keterbukaan serta keramahan rakyat Malaysia.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian termasuk aktiviti untuk kanak-kanak, persembahan kebudayaan serta hiasan bertemakan musim sejuk yang mencuri perhatian para tetamu.

KPKT berkata, penganjuran program seumpama itu akan diteruskan pada masa hadapan dengan kerjasama pelbagai pihak sebagai usaha berterusan memupuk perpaduan, kefahaman dan keharmonian dalam masyarakat majmuk negara ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button