
Saifuddin ucap penghargaan kepada Razarudin
KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Razarudin Husain yang bakal menamatkan perkhidmatan pada Ahad ini.
Menerusi hantaran di media sosial, Saifuddin memaklumkan beliau menerima kunjungan hormat daripada Razarudin di pejabatnya semalam sempena persaraan KPN.
“Dalam pertemuan penuh mesra dan hormat ini, saya berpeluang menyampaikan secara peribadi penghargaan serta ucapan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti Tan Sri sepanjang menabur bakti dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya sepanjang tempoh beliau memimpin pasukan sebagai Ketua Polis Negara,” kata Saifuddin.
Beliau turut menambah, sepanjang tempoh perkhidmatan, Razarudin telah memperlihatkan kepimpinan yang berwibawa, tegas dalam prinsip namun sentiasa berjiwa rakyat.
Sementara itu, PDRM dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan bahawa Razarudin turut menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena penamatan kontraknya.
Istiadat menghadap itu berlangsung di Istana Hinggap Perak dan Istana Hinggap Terengganu semalam.
Razarudin yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-14 selama dua tahun secara kontrak mulai 23 Jun 2023, menggantikan Acryl Sani Abdullah Sani.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |