
Saifuddin gesa pangkat kehormat TLDM pada Sanusi dilucutkan
BANGI – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mencadangkan gelaran Laksamana Pertama (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang disandang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditarik.
Saifuddin mendakwa, tindakan itu wajar dilakukan selepas Muhammad Sanusi mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang merupakan Kapten Yang Dipertua TLDM.
“Saya nak bagitahu ni, sultan-sultan ni dia ada pangkat tertentu, kalau Sultan Kedah dalam tentera darat, kalau Sultan Pahang dalam tentera udara dan kalau Sultan Selangor, tentera laut.
“Sultan Selangor itu ketua dia (Sanusi), tiba-tiba hang pi hina kawan (sultan) tu, mungkin sampai masa dah majlis angkatan tentera semak balik hak kehormat, barangkali tarik balik.
“Pasal tak hormat kepada Sultan Selangor,” kata Setiausaha Agung PKR itu pada majlis pelancaran jentera pilihan raya parti bagi DUN Suka Menanti, malam tadi.
Sanusi baru-baru ini ditahan dan didakwa selepas membuat kenyataan sensitif berbaur 3R (agama, bangsa dan raja) berkait dengan pelantikan Menteri Besar Selangor.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






