BERITA SEMASASUKAN

Safee Sali letak jawatan Presiden PFAM

KUALA LUMPUR – Selepas dua penggal menerajui Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) sejak 2019, bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden persatuan itu.

Pengumuman dibuat menerusi satu hantaran di laman sosial miliknya, di mana beliau turut memaklumkan surat peletakan jawatan telah diserahkan.

“Secara rasmi, semalam saya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden PFAM. Ia merupakan satu perjalanan yang memuaskan apabila dapat bekerjasama dengan individu yang penuh semangat.

“Saya akan terus menyokong PFAM dengan cara yang baharu dan amat teruja untuk melihat masa depan organisasi itu. Terima kasih kepada semua atas kenangan yang hebat,” tulisnya.

Sepanjang kepimpinannya, Safee dilihat berjaya membawa penyelesaian kepada beberapa isu melibatkan pemain khususnya berkaitan tunggakan gaji.

Antara kes yang mendapat perhatian termasuk isu membabitkan Kuantan Marcerra FA yang menyaksikan pemilik kelab akhirnya diheret ke muka pengadilan.

Dalam pada itu, Safee turut menzahirkan harapan agar PFAM terus teguh di bawah kepimpinan baharu dalam usaha memperjuangkan hak serta kebajikan pemain bola sepak profesional di negara ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button