BERITA SEMASA

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan dibentang di Parlimen Isnin ini

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas untuk diluluskan pada sidang Parlimen kali ini.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan hari ini berkata, RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 adalah langkah pertama dalam usaha mereformasi institusi dan penambahbaikan terhadap institusi demokrasi utama negara, iaitu Parlimen.

“RUU itu bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 pula akan dibawa bagi membolehkan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat menganggotai Majlis Parlimen itu,” katanya dalam kenyataan itu, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Jemaah Menteri turut memutuskan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said akan membuat bacaan pertama dan memperincikan kedua-dua RUU berkenaan di Dewan Rakyat, Isnin ini.

“Jemaah Menteri turut bersetuju dan mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat bacaan kali kedua yang dijangka pada 4 Mac depan,” katanya lagi.

Langkah itu tambahnya, adalah bukti iltizam Kerajaan MADANI terhadap usaha melaksanakan agenda reformasi serta memperkukuh institusi demokrasi dalam negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button