BERITA SEMASA

RUU Perbekalan 2026 lulus peringkat dasar di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2026 Peringkat Dasar diluluskan di Dewan Rakyat, hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengumumkan perkara itu selepas undi belah bahagi dilakukan.

Johari berkata, seramai 120 ahli Dewan Rakyat bersetuju untuk meluluskan RUU Perbekalan 2026 Peringkat Dasar berkenaan, manakala 67 tidak bersetuju dan 35 lagi tidak hadir.

Terdahulu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) bangun meminta supaya satu undi belah bahagian dilakukan.

Seramai 99 ahli Dewan Rakyat mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Perbekalan 2026 Peringkat Dasar berkenaan bermula 13 Oktober lalu.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam penggulungannya menyifatkan belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober lalu, adalah pemula kepada Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang memperkukuhkan pembaharuan negara secara terangkum dan mampan.

“Saya harap dengan apa yang telah kita berbincang tadi dan jawapan saya berikan, kita dapat persetujuan daripada dewan yang mulia ini untuk menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan ini kerana ia akan membentuk Malaysia lebih mampan di masa depan dan menggalakkan pertumbuhan dengan lebih baik,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button