
RUU Pembaharuan Semula Bandar digubal untuk bantu rakyat miskin
KUALA LUMPUR – Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) adalah bertujuan untuk membela nasib rakyat miskin yang tersepit dengan kemajuan.
Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan pelbagai pihak supaya tidak mengganggu hasrat kerajaan dengan menganjurkan perhimpunan bagi membantah penggubalan RUU berkenaan.
“Kita nak gunakan undang-undang ini untuk bangunkan semula supaya orang Melayu di bandar Kuala Lumpur umpamanya tidak hidup merempat, setelah 50 tahun, 60 tahun macam itu juga.. satu kamar (tapi) ditentang, nak buat perhimpunan.
“Saya nak beritahu mereka, jangan cabar kita. Kita nak bela nasib orang miskin, majoriti Melayu, sebahagian kecilnya India dan ada juga Cina, tapi kamu nak ganggu.
“Kalau dia buat himpunan, kita boleh buat perhimpunan satu stadium untuk pertahankan dasar membela nasib orang Melayu,” kata Anwar ketika merasmikan Wakaf MARA MADANI di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |