
RUU Majlis Media Malaysia bukti Kerajaan Madani jamin kebebasan media – Fahmi
KUALA LUMPUR – Selepas 52 tahun, akhirnya Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia yang mula diutarakan pada 1973 berjaya diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, penubuhan itu merupakan satu detik bersejarah buat industri media.
“Cukup 52 tahun sejak cadangan RUU Majlis Media Malaysia mula diutarakan pada 1973. Namun di bawah pentadbiran Kerajaan Madani, hari ini RUU tersebut diluluskan di Dewan Rakyat.
“Ini bukti Kerajaan Madani menjamin kebebasan media dalam memastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat maklumat sahih, berintegriti dan adil,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.
Terdahulu RUU itu yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 18 Ahli Parlimen.
Nie Ching ketika membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua berkata cadangan penubuhan satu jawatankuasa atau organisasi bagi menyelaraskan urus tadbir industri media di Malaysia telah dicetuskan sejak 1973.
Namun, beliau berkata, penubuhan MMM hanya dikemukakan kepada Jemaah Menteri dan diluluskan pada 6 Dis 2019, sebelum mesyuarat kick-off penubuhan majlis itu diadakan pada 16 Januari 2020, dipengerusikan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.
Katanya, kerajaan pada hari ini merasakan sudah tiba masanya untuk menubuhkan satu badan bagi menyelaraskan tadbir urus media di Malaysia yang diterajui industri media sendiri.
Ujarnya lagi, penubuhan MMM dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan dapat mewujudkan satu kod etika yang dapat digunakan secara menyeluruh oleh semua pihak.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |