
RUU Majlis Media Malaysia 2024 diluluskan Dewan Negara
KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024 (RUU MMM 2024) diluluskan oleh Persidangan Dewan Negara hari ini, dalam usaha ke arah media yang lebih demokratik, bebas dan beretika di negara ini.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching telah membentangkan RUU tersebut untuk bacaan kali kedua bagi penubuhan MMM dan ia diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 17 senator.
“Majlis media yang terbuka, bertanggungjawab dan telus dapat membantu membina keyakinan terhadap media selain menyumbang kepada kredibiliti organisasi media.
“Saya percaya RUU ini akan memberikan pelbagai faedah kepada industri media dalam jangka masa yang panjang.
“Majlis Media Malaysia akan bertindak sebagai sebuah badan tadbir urus media yang bebas dengan mewujudkan komuniti media yang profesional dengan pelaporan yang beretika, adil dan tepat melalui sumber yang sahih,” kata beliau.
Sementara itu, ketika menggulung perbahasan undang-undang tersebut, Nie Ching berkata, satu kod tatalaku perlu diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan MMM bagi menetapkan peraturan tersendiri tanpa campur tangan kerajaan.
“Kita hendak memperkasa majlis media, kita percaya bahawa majlis media bole self regulate.
“Oleh sebab itu, kita akan beri kuasa kepada majlis media untuk meluluskan kod tatalaku mereka termasuk prosedur untuk bagaimana mengendali ketidakpuasan hati,” katanya lagi.
Fasal-fasal utama dalam RUU ini meliputi definisi industri media, fungsi dan kuasa MMM, keahlian serta peranannya dalam mengawal selia standard kewartawanan dan menangani aduan awam.
Dengan keanggotaan seramai 21 individu daripada pelbagai latar belakang, Majlis Media Malaysia dijangka menjadi entiti yang lebih inklusif dan berkesan dalam memperkukuh ekosistem media negara.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |