
RUU Iltizam landasan baharu pembaharuan struktur operasi sektor awam – JPA
PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang (RUU) Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 (RUU ILTIZAM) yang telah diluluskan sebulat suara di Dewan Negara semalam, menandakan satu landasan baharu dalam usaha pembaharuan struktur dan operasi sektor awam.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, RRU tersebut penting demi memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan perniagaan.
“RUU ini menzahirkan pendekatan menyeluruh dan strategik yang merentasi sektor dan agensi, bagi memperkukuh sistem pentadbiran dan kawal selia kerajaan.
“Usaha ini akan menyaksikan pelaksanaan perkhidmatan yang lebih pantas, mesra pengguna, dan mudah diakses, serta memperkukuh kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi menjayakan aspirasi Malaysia Madani,” katanya.
Dalam kenyataan sama, JPA menambah, RUU Iltizam digubal bagi menangani birokrasi berlebihan, memansuhkan prosedur lapuk dan menyusun semula proses kawal selia yang telah membebankan rakyat serta komuniti perniagaan.
“RUU ini menzahirkan pendekatan menyeluruh dan strategik yang merentasi sektor dan agensi, bagi memperkukuh sistem pentadbiran dan kawal selia kerajaan.
“RUU Iltizam bukan sekadar pindaan dasar ia adalah lambang perubahan budaya kerja dan nilai dalam sektor awam, demi mencipta impak jangka panjang terhadap kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara,” katanya menurut kenyataan itu lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |