BERITA SEMASALUAR NEGARA

Rusia beri tawaran belot RM4.7 juta kepada tentera Ukraine

MOSCOW – Rusia membuat tawaran luar biasa apa mengumumkan ganjaran berjumlah RM4.7 juta kepada mana-mana juruterbang tentera Ukraine yang berpaling tadah kepada negara itu.

Dalam tawaran itu, Rusia menjanjikan ganjaran wang tunai dan juga kerakyatan kepada mana-mana juruterbang Ukraine yang dapat menerbangkan pesawat penjuang F-16 ke wilayah Kremlin.

Media tempatan melaporkan, tawaran itu dibuat oleh Rusia untuk mengkaji keupayaan pesawat buat firma Amerika Syarikat, Lockhead Martin.

“Ganjaran lebih tinggi menanti juruterbang yang membawa masuk pesawat tempur yang lengkap dengan peluru berpandu dan bom,” lapor media.

Sebelum ini Rusia melalui firma Fores menawarkan ganjaran RM790,000 kepada mana-mana anggota tentera Rusia yang berjaya menembak jatuh pesawat F-16 dan kereta kebal milik Ukraine untuk tujuan kajian.

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button