Berita Semasa

Rumah Terbuka Aidilfitri Madani Selangor dibatalkan – Amirudin

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Selangor yang dijadualkan bakal berlangsung esok dibatalkan.

Amirudin berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, segala persiapan seperti makanan akan disalurkan kepada pusat pemindahan sementara (PPS), rumah anak anak yatim, sekolah berasrama serta petugas keselamatan.

“Keputusan ini diambil kira bagi menghormati mangsa dan keluarga yang terlibat dengan insiden di Putra Heights,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau hari ini.

Dalam kenyataan sama, Amirudin yang mewakili seluruh warga kerajaan negeri, memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul susulan pembatalan itu demi menghormati mangsa dan keluarga yang terlibat dengan insiden di Putra Heights.

“Sekalung penghargaan buat seluruh pasukan petugas dan pelaksana Majlis yang bertungkus lumus memastikan majlis ini boleh berjalan sebagaimana matlamat, namun saya sangat menghargai persefahaman bersama demi maslahah yang lebih utama.

“Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita juga dalam bersolidariti membantu mangsa dan semua pihak jua,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button