BERITA SEMASASUKAN

Rouxin akhiri kemarau pingat 35 tahun

KUALA LUMPUR – Perenang negara, Tan Rouxin menamatkan kemarau pingat selama 35 tahun dalam renang Piala Dunia apabila meraih gangsa dalam acara 400 meter individu medley di Shanghai, kelmarin.

Rouxin, 18, mencatat masa 4 minit 55.27 saat dalam perlumbaan itu, hanya 0.79s di belakang rekod kebangsaan miliknya yang dicipta sewaktu Kejohanan Renang Jarak Pendek Kebangsaan pada Julai lalu.

Dalam perlumbaan itu, Rouxin disaingi perenang dari Kanada, Mary-Sophie Harvey yang memenangi emas dan Nikoleta Trnikova dari Slovakia.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat dalam acara Piala Dunia adalah hasil kemenangan pingat perak oleh legenda renang, Jeffery Ong pada tahun 1989.

Sementara itu, Menteri belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada Rouxin dan Dhuha Zulfikry yang berjaya mengatasi rekod kebangsaan oleh Jeffery Ong dengan catatan masa 14 minit 59.80 saat.

“Terima kasih Jeffrey atas rekod yang dipegang dan tahniah kepada Rouxin dan Dhuha,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Dhuha Zulfikry

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button