Rombakan Kabinet hak mutlak Perdana Menteri – Zahid
PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada sebarang perbincangan dalam mesyuarat Kabinet mengenai rombakan jemaah menteri seperti yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.
Menurut beliau, urusan pelantikan atau rombakan Kabinet merupakan hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tidak pernah ada perbincangan dalam Kabinet untuk menyusun semula barisan menteri.
“Itu hak mutlak Perdana Menteri yang mempunyai kuasa sepenuhnya untuk merombak Kabinet atau melantik sesiapa yang beliau rasakan sesuai,” katanya di sini hari ini.
Zahid turut menolak andaian bahawa wujud perbincangan berhubung tuntutan 40 peratus hasil negeri Sabah dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini.
“Tiada sebarang perbincangan khusus mengenainya dalam Kabinet,” jelasnya ringkas.
Terdahulu, timbul spekulasi bahawa rombakan Kabinet akan dilakukan dalam masa terdekat bagi mengisi beberapa kekosongan jawatan serta penyusunan semula portfolio kementerian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






