BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASI

Rombakan dalam FINAS bantu filem tempatan lebih telus, hapuskan ‘kartel’ – Fahmi

KUALA LUMPUR – Rombakan dalaman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang giat dilaksana, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, langkah tersebut adalah bagi memastikan industri filem tempatan lebih telus dan bebas dari amalan lama.

“Mungkin individu, pegawai tertentu telah terlalu lama di satu-satu kedudukan dan seringkali telah terbentuk sikap-sikap yang mungkin tidak begitu disenangi oleh industri bukan sekadar filem.

“Samalah juga dengan pelbagai sektor yang lain, jadi itu sebab antara lain saya telah minta supaya jawatankuasa contoh yang meneliti permohonan itu dirombak sepenuhnya.

“Jadi arahan ini telah saya beri kepada FINAS, tapi itu untuk permohonan belum lagi isu perolehan dan beberapa yang lain jadi proses pembersihan itu sebenarnya sedang berjalan” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Malaysia, JomPACT! dan Program Jangkauan Belia WWF-Malaysia di Institut Perguruan Kampus Bahasa Melayu, di sini, semalam.

Jelas Fahmi, antara tindakan awal diambil termasuk mengarahkan FINAS merombak sepenuhnya keanggotaan jawatankuasa yang meneliti permohonan dalam industri filem beberapa bulan lepas, bertujuan memastikan pengagihan peluang dilakukan secara lebih saksama.

“Banyak organisasi bila mungkin personel, individu, pegawai tertentu telah terlalu lama di satu-satu kedudukan sering kali terbentuk sikap-sikap yang mungkin tidak begitu disenangi oleh industri, bukan sekadar filem, sama juga dengan pelbagai sektor lain,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button