BERITA SEMASA

RMK13 asas kukuh Malaysia untuk melangkah ke dekad lebih gemilang

KUALA LUMPUR – Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan membawa natijah terbaik kepada rakyat serta meletakkan asas yang kukuh untuk Malaysia melangkah ke dekad yang lebih gemilang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan pelan pembangunan itu di Dewan Rakyat pukul 12 tengah hari ini.

“Ayuh kita lakar semula pembangunan negara, berpaksikan rakyat dan berteraskan nilai ihsan, keadilan serta kemanusiaan.

“Diharapkan kita berupaya menggapai langit, namun tetap teguh mengakar ke bumi,” katanya dalam satu hantaran di akaun Faceebook miliknya, hari ini.

Sementara itu, dalam satu hantaran berasingan, Anwar memaklumkan beliau telah menerima secara rasmi rasmi dokumen RMK13, menandakan berakhirnya fasa penyediaan rancangan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Anwar berkata, RMK13 disusun sebagai pelan pembangunan menyeluruh dengan fokus kepada pengangkatan martabat rakyat secara adil dan saksama tanpa meminggirkan mana-mana kumpulan.

“Penyediaannya membabitkan sesi libat urus meluas bersama pelbagai pemegang taruh merentasi sektor, latar belakang dan wilayah.

“Ini termasuk kerajaan-kerajaan negeri, demi memastikan suara rakyat benar-benar diangkat dalam perancangan masa depan negara.

“Insya-Allah, saya akan membentangkan usul RMK-13 di Dewan Rakyat esok (hari ini). Kerajaan MADANI amat mengalu-alukan perbahasan dan cadangan konstruktif daripada semua Ahli Parlimen demi memperkukuh dasar dan hala tuju yang digariskan,” katanya lagi

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button