Berita Semasa

Ridz Okumura kecewa duit arwah isteri lesap angkara individu tidak dikenali

PETALING JAYA – Usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridz Okumura kecewa apabila wang bernilai antara RM60,000 hingga RM70,000 milik arwah isterinya, Akiko Okumura didakwa lesap angkara individu yang tidak dikenali.

Menerusi perkongsian oleh Ridz Okumura di akaun TikToknya, wang berkenaan yang pada asalnya disimpan dalam dua sampul dalam beg tangan arwah isterinya, didapati tiada.

“Duit yang hilang bukanlah sedikit, saya anggarkan dalam RM60,000 sehingga RM70,00. Duit itu adalah lebihan setelah balik bercuti dari Jepun Februari lalu.

“Masa itu saya dalam keadaan kehilangan jadi baru nak periksa semula apa yang patut, dua tiga hari lepas barulah saya perasan,” katanya dalam video tersebut.

Beliau kecewa dengan kejadian tersebut, dan menyifatkan tindakan individu itu berbuat demikian adalah amat keterlaluan.

“Sampai hati, duit orang meninggal pun nak ambil, bukan orang luar orang sekeliling juga sebab yang datang ketika itu pun kawan-kawan terdekat, polis, forensik dan sebagainya,” katanya lagi.

Difahamkan, televisyen litar tertutup (CCTV) di kediamannya juga dilaporkan tidak berfungsi ketika kejadian, menyukarkan usaha mengenal pasti individu yang melakukan tindakan sedemikian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button