BERITA SEMASA

Ribut umpama puting beliung landa Sekinchan

Lapan rumah musnah, puluhan lagi rosak dilanda ribut

SEKINCHAN – Lapan buah rumah musnah, manakala puluhan lagi mengalami kerosakan teruk akibat dipukul ribut di Ban 1 dan Ban 2, Parit 4 di sini, awal pagi tadi.

Ribut yang melanda sekitar pukul 7.30 pagi itu menyebabkan atap dan bumbung kediaman penduduk tercampak ke udara, terutama di kawasan sawah bendang.

rumah rosak dilanda ribut
Keadaan salah sebuah rumah selepas dilanda ribut di Sekinchan, pagi tadi – GAMBAR MEDIA SOSIAL

Kejadian berlaku ketika hujan lebat, mengakibatkan bukan sahaja rumah penduduk tetapi juga deretan kedai, rumah inap desa, dan bengkel jentera penanaman padi turut musnah.

Berdasarkan rakaman video yang tular, angin ribut yang kelihatan umpama puting beliung itu menerbangkan bumbung kediaman penduduk sehingga lebih 50 meter ke udara, mencetuskan suasana panik dalam kalangan mereka yang terjejas.

Pihak berkuasa kini sedang menilai kerosakan serta menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button