BERITA SEMASA

Resort World mohon maaf insiden pengguna terperangkap dalam kereta kabel

KUALA LUMPUR – Pengendali kereta kabel Genting Skyway, Resorts World Genting (RWG) hari ini memohon maaf susulan kejadian beberapa penumpang yang menggunakan perkhidmatan itu terperangkap lebih dua jam di laluan turun dari Stesen SkyAvenue, Genting Highlands, malam semalam.

RWG dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa keselesaan dan keselamatan pengunjung tetap menjadi keutamaan mereka.

Kenyataan sama turut memberitahu, tindakan segera telah diambil dengan melaksanakan pelan luar jangka, termasuk menyediakan perkhidmatan ulang-alik di Terminal Genting Highlands Premium Outlets dan bayaran balik tiket.

“Bagi tetamu yang ingin mendapatkan bayaran balik menerusi (pulangan) tiket kereta kabel yang sah daripada kejadian ini, sila hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami yang bersedia untuk membantu anda.

“Anda boleh hubungi kami di tpguestservices@rwgenting.com Kami sangat menghargai sokongan anda dan dengan tulus ikhlas memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul,” kata kenyataan itu.

Laporan media sebelum ini menyebut, beberapa penumpang kereta kabel Skyway berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian berkenaan.

Menerusi perkongsian beberapa pengguna TikTok yang berada di lokasi kejadian, punca kejadian adalah disebabkan masalah teknikal.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button