Berita SemasaPM X

Republik Kyrgyz zahir hasrat lantik penasihat dari Malaysia – PM Anwar

BISHKEK – Republik Kyrgyz menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat itu dizahirkan oleh rakan sejawatnya, Pengerusi Menteri-Menteri Kabinet Republik Kyrgyz, Akylbek Zhaparov pada pertemuan mereka di Kediaman Negara Ala Archa, di sini petang semalam (waktu tempatan).

“Beliau kalau boleh minta supaya (kita) melantik seseorang yang boleh menjadi penasihat kepada kerajaan (Republik Kyrgyz). Itu tahap penghormatan dan pengiktirafan mereka kepada kerajaan Malaysia.

“… maknanya, apabila hendak berunding tentang soal seperti penswastaan, projek-projek hidro, lebuh raya atau penggalian emas umpamanya, mereka minta kalau boleh kita beri nasihat dan (kongsi) pengalaman kita untuk bantu,” kata Anwar.

Perdana Menteri berkata demikian kepada media Malaysia pada sidang akhbar sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke republik itu atas jemputan Presiden Sadyr Zhaparov.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button