BERITA SEMASA

Remaja Bangladesh ditemui terperangkap dalam kontena dihantar pulang hari ini

SEPANG – Seorang remaja warga Bangladesh yang ditemui terperangkap dalam sebuah kontena di Klang pada 17 Januari lalu, dihantar pulang ke negara asalnya, hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tremaja berusia 16 tahun itu dihantar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggunakan penerbangan komersial pada pukul 7.45 malam tadi dengan ditemani pegawai Kedutaan Bangladesh.

“Saya fikir ini adalah manifestasi dalam prinsip Malaysia Madani yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunjukkan sifat ihsan semasa manusia,” kata Saifuddin kepada media sewaktu ditemui di KLIA.

Tambah beliau, proses menghantar pulang remaja berkenaan mengambil masa sebulan disebabkan persiapan dokumen pengembara mangsa.

“Persiapan untuk sediakan dokumen mengembara mangsa disediakan pejabat Kedutaan Bangladesh, kita tunggu mangsa sihat sepenuhnya dan kita pulangkan kembali mangsa.

Sementara itu, kata Saifuddin, siasatan ke atas insiden tersebut mendapati kanak-kanak itu tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pemerdagangan manusia.

Malaysia Tribune pada 19 Jan lalu melaporkan insiden penemuan kanak-kanak tersebut yang berjaya diselamatkan setelah enam hari terperangkap dalam sebuah kontena yang dipercayai baharu tiba di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button