
GAZA CITY – Tentera udara rejim zionis dilaporkan mengebom beberapa lokasi di sekitar Gaza, manakala pasukan tentera daratnya turut melancarkan bedilan kereta kebal ke atas bandar Abasan di Khan Younis, hari ini.
Serangan ini merupakan pencabulan secara terangan terhadap gencatan senjata tahap satu yang berkuat kuasa sejak 19 Januari lalu.
Difahamkan, sekurang-kurangnya 200 terbunuh, dengan majoritinya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, lapor al-Jazeera.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pihaknya mengarahkan tentera untuk mengambil “tindakan tegas” terhadap Hamas di Gaza, dan menyalahkan kumpulan itu kerana enggan membebaskan tawanan dan tidak bersetuju dengan cadangan Israel mengenai gencatan senjata.
“Israel, mulai sekarang, akan bertindak terhadap Hamas dengan kekuatan ketenteraan yang semakin meningkat,” kata Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan.
Hamas sejak beberapa minggu lalu menuduh Netanyahu tidak berminat untuk menamatkan pertempuran di Gaza.
Kenyataan ini selari dengan pandangan pakar politik Timur Tengah yang berpendapat Israel masih mempunyai banyak matlamat yang ingin dicapai di Semenanjung Gaza, bermaksud mereka sama sekali belum selesai dengan tindakan ketenteraan mereka.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |