BERITA SEMASA

Reformasi perkhidmatan awam: Maritim Malaysia komited laksana tugas dengan lebih cekap

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan memberi sokongan penuh terhadap usaha mereformasi perkhidmatan awam dan komited untuk melaksanakan tanggungjawab dengan lebih cekap dan berkesan.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, reformasi perkhidmatan awam yang digariskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat relevan dan penting bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan mempunyai daya saing dan berkualiti tinggi.

“Mengenai aspek pertama yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri, iaitu
peningkatan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam, Maritim Malaysia akan terus memfokuskan kepada penambahbaikan sistem operasi dan proses kerja.

“Maritim Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan sumber daya manusia yang dimiliki adalah berkualiti tinggi dan dilengkapi dengan kemahiran serta pengetahuan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran yang semakin kompleks dalam bidang keselamatan maritim,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan reformasi perkhidmatan awam dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 Perkhidmatan Awam Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Dalam pada itu katanya, Maritim Malaysia juga telah memastikan pegawai dan anggotanya bersedia dengan teknologi terkini dan lanskap aktiviti jenayah yang semakin kompleks seiring dengan perubahan zaman.

Katanya, perkara itu seiring dengan apa yang dihasratkan oleh Perdana Menteri iaitu meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan.

Mengulas lanjut berkenaan meningkatkan daya saing negara katanya, Maritim Malaysia akan terus berusaha memastikan perairan negara sentiasa selamat untuk aktiviti ekonomi dan perdagangan khususnya di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

Sementara itu beliau turut menyeru seluruh warga Maritim Malaysia untuk terus berusaha dengan gigih dan memberikan perkhidmatan terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Beliau berharap seluruh warga Maritim Malaysia bertekad memberikan
perkhidmatan yang terbaik memandangkan SSPA berteraskan prestasi di mana ganjaran akan diberikan kepada pegawai dan anggota yang menunjukan prestasi dan tatakelakuan sebagai penjawat awam yang berkualiti.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button