Reformasi pendidikan negara: KPM giat laksana pelbagai inisiatif
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara.
KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata, inisiatif tersebut termasuk pengstrukturan semula sistem prasekolah, Kurikulum Persekolahan 2027 dan intervensi kurikulum bagi menangani keciciran pembelajaran.
“Kelas prasekolah akan diperluaskan di seluruh institusi pendidikan KPM. Peluasan kelas prasekolah memastikan isu keciciran murid dapat ditangani dari peringkat awal,” katanya dalam kenyaataan itu.
Sementara itu, KPM berkata, pihaknya mengambil perhatian Laporan Bank Dunia bertajuk Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills berkenaan sistem pendidikan negara.
Jelas KPM, perkara utama yang disentuh dalam laporan Bank Dunia seperti kualiti dan akses pendidikan prasekolah, kecekapan murid serta pembangunan profesionalisme guru sememangnya berada dalam perhatian pihak kementerian.
“Tumpuan turut diberi kepada pembangunan profesionalisme guru. Pelbagai program ditawarkan untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru dalam perkhidmatan,” katanya.
Selain itu, КРМ juga telah memperkenalkan platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bagi memenuhi keperluan kompetensi digital guru.
“KPM komited memastikan hasrat untuk mereformasikan pendidikan negara berjaya. la adalah usaha berterusan yang memerlukan komitmen, kerjasama dan sokongan semua pihak,” ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








