Berita Semasa

RCI kaji kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah, Tubir selatan ditubuhkan

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan dengan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir selatan.

Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja ini dibuat adalah selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119] yang mana cadangan keanggotaan RCI akan dibawa untuk perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

“Cadangan ahli-ahli ini akan mengambil kira komposisi pakar-pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kehakiman, perundangan, dan pentadbiran awam serta dapat melaksanakan siasatan dengan telus,
adil dan saksama bagi mengelak sebarang isu yang melibatkan konflik kepentingan dengan pihak-pihak yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button