RASMI: Masidi pertahan kerusi Karanan; Jamawi menang di Melalap
CYBERJAYA – Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanan, Datuk Seri Masidi Manjun secara rasmi menang dalam pertembungan tujuh penjuru.
Sementara itu, calon Pakatan Harapan, Datuk Jamawi Jaafar, turut disahkan menang dalam pertembungan lapan penjuru dalam pertandingan merebut kerusi DUN Melalap

SPR bagaimanapun belum mengumumkan jumlah undi bagi kedua-dua kerusi tersebut disebabkan faktor persaingan calon dan logistik di kawasan pedalaman Sabah.
Bagaimanapun, SPR tidak memaklumkan jumlah undi bagi kedua-dua kerusi berkenaan atas beberapa faktor dan ia akan dikemas kini dari masa ke masa.
“SPR sedang menunggu keputusan-keputusan yang akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) bagi 71 Bahagian Pilihan Raya Negeri di seluruh Sabah.
“SPR ingin memaklumkan, proses penjumlahan undi mengambil sedikit masa yang lebih panjang berikutan persaingan calon beberapa penjuru, selain faktor muka bumi dan logistik di beberapa kawasan pedalaman untuk membawa peti undi ke pusat penjumlahan rasmi undi,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








