Rangka manusia tanpa tapak tangan ditemui di ladang sawit Slim River
TANJUNG MALIM – Polis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu siasatan berhubung penemuan rangka manusia lengkap tanpa kedua-dua tapak tangan di sebuah ladang kelapa sawit di Slim River, pada Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, rangka berkenaan ditemui orang awam yang dalam perjalanan ke kebun berhampiran Ladang Bukit Besout, Jalan Kuala Slim.
“Hasil siasatan di lokasi kejadian dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) polis berjaya menemui hampir keseluruhan rangka manusia tersebut, kecuali kedua-dua tapak tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Rangka itu telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat.
Menurut Mohd Hasni, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan penuh bedah siasat.
Sehubungan itu, beliau menyeru mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga, saudara-mara, rakan atau kenalan supaya tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Raja Nabila Raja Abdul Samad di talian 012-285 4320 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di talian 05-452 8222.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






