BERITA SEMASAPMX

Rakyat perlu bersedia hadapi peralihan ekonomi gig – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat agar bersedia menghadapi perubahan besar dalam struktur tenaga kerja negara, khususnya peralihan ke arah ekonomi gig yang semakin berkembang dan menjadi sebahagian penting dalam landskap ekonomi Malaysia.

Beliau berkata, peralihan itu menuntut strategi menyeluruh bagi memastikan kekayaan negara dapat dijana dan diagihkan secara adil serta memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, termasuk golongan pekerja bebas dan tidak formal.

Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama di International Social Wellbeing Conference 2025 di Kuala Lumpur, petang tadi. Foto /Pejabat Perdana Menteri.

“usteru, ekonomi negara perlu diangkat secara menyeluruh agar kekayaan yang dijana dapat dilimpahkan secara saksama. Program seperti Geran Digitalisasi PKS, Kerangka Industri ESG Nasional, serta bantuan TEKUN dan BSN memainkan peranan penting dalam mengarusperdanakan ekonomi gig ke sektor bernilai tinggi dan inovatif,” ujar beliau ketika menyampaikan ucaptama di International Social Wellbeing Conference 2025 petang tadi.

Jelas beliau, perubahan struktur intu berlaku dalam konteks Malaysia yang sedang menua, yang mana jangka hayat rakyat kini mencecah purata 76 tahun, namun sembilan tahun terakhir dalam kehidupan sering dilalui dalam keadaan melarat dan bergelut dengan masalah kesihatan.

Perdana Menteri menegaskan, reformasi menyeluruh Kerajaan MADANI dirangka bukan sekadar mengejar pertumbuhan makro, tetapi sebagai satu ikhtiar membela martabat rakyat serta memastikan warga emas dapat hidup sejahtera dan bermaruah.

Katanya lagi, pelbagai langkah telah digerakkan termasuk peningkatan gaji minimum, pelarasan gaji penjawat awam tertinggi dalam sejarah, dan komitmen GLIC untuk memastikan pekerja menerima sekurang-kurangnya gaji wajar.

“Kerangka Ekonomi MADANI bukan semata-mata untuk mengejar pertumbuhan makro. Ia adalah pernyataan nilai tentang membela martabat rakyat, memupuk ihsan, dan menjunjung prinsip manusiawi,” tegasnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button