
Rakyat Palestin dihantar pulang secepat mungkin selepas rundingan pihak berkuasa Mesir selesai
KUALA LUMPUR – Proses penghantaran pulang rakyat Palestin yang berada di negara ini akan dilaksanakan secepat mungkin selepas rundingan dengan pihak berkuasa Mesir selesai, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.
Menurut Adly, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini sedang berhubung dengan pihak perisikan di Mesir bagi menghantar pulang 127 rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan akibat peperangan dengan rejim Zionis.
“Kita mengambil ketetapan untuk warga Palestin ini kembali ke Gaza setelah kita lihat proses gencatan senjata telah berkuat kuasa di Gaza.
“Walau bagaimanapun, proses ini memang mengambil sedikit masa, kerana pihak kita di peringkat ATM harus berhubung juga dengan pihak perisikan di peringkat Kerajaan Mesir
“Jadi, kita cuba kemaskini maklumat semasa dan memang kalau keadaan itu selamat dan mereka boleh pulang ke Gaza maka kita akan uruskan secepat mungkin,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Majlis Tamat Latihan PLKN 3.0 bagi siri 1/2025 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah ((515 AW) Kuala Lumpur hari ini.
Pada 4 Januari lalu, berlaku kekecohan membabitkan rakyat Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) yang dipercayai berpunca kerana mahu proses permohonan mereka pulang ke Palestin dipercepatkan.
Mengulas lanjut, Adly berkata, keutamaan Kementerian Perthanan (MINDEF) pada ketika ini adalah untuk menjamin keselamatan penduduk Palestin menerusi kerjasama dengan pelbagai pihak.
“Urusan dua negara ini melibatkan keselamatan penduduk Palestin itu juga, tapi buat masa ini memang kita akan terus bekerjasama dengan beberapa pihak sama ada di peringkat agensi kerajaan mahupun NGO,” jelasnya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |