BERITA SEMASALUAR NEGARA

Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke India

NEW DELHI – Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke India susulan serangan rentas sempadan yang dilaporkan hari ini.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi berkata, peningkatan ketegangan antara India dan Pakistan susulan pelancaran Operasi Sindoor oleh India ke atas Pakistan adalah membimbangkan.

“Suruhanjaya Tinggi menasihatkan agar semua perjalanan tidak penting ke India, khususnya ke negeri-negeri yang bersempadan dengan Pakistan, ditangguhkan segera.

“Ini termasuk perjalanan untuk tujuan bercuti atau sebab tidak mendesak lain,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan X.

Rakyat Malaysia yang berada di India dinasihatkan supaya mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi dan memaklumkan kehadiran mereka melalui e-mel ke alamat mwdelhi@kln.gov.my.

Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menerusi talian +90 11 2415 9300 atau +90 11 2415 9311 (talian umum/bilik operasi), serta +90 85 9555 0564 (pegawai bertugas dari 4.30 petang hingga 8 pagi).

“Keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan kami. Sila sentiasa peka terhadap perkembangan semasa dan berhati-hati pada setiap masa,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button