
Rakyat Malaysia bangunkan chatbot bazirkan masa scammer
KUALA LUMPUR – Pengasas syarikat pemula Replyr.ai, Dylan Tan mengumumkan pembangunan satu chatbot bertujuan khusus melawan penipu atas talian.
Menurut Dylan dalam kumpulan Facebook , Entrepreneurs and Startups in Malaysia, baru-baru ini, syarikatnya yang berpangkalan di Singapura turut memberikan chatbot tersebut dengan nama yang agak melucukan iaitu Scammers On Hold AI atau SOHAI.
Tambahnya, AI ini direka untuk “membuang masa penipu di WhatsApp secara tidak terhingga”, katanya dalam hantaran tersebut.
“Pengguna hanya perlu memberikan nombor telefon SOHAI kepada penipu.
“Chatbot ini kemudian akan membuang masa mereka dengan memberi pelbagai alasan, mengalih topik, dan berpura-pura keliru,” katanya.
Dylan menambah, jika penipu disasarkan tidak membalas, SOHAI akan menghantar mesej susulan untuk terus mengganggu mereka.
“Setiap perbualan dengan penipu akan direkodkan dalam Google Sheets, termasuk nama penipu, jumlah masa yang terbuang, ringkasan perbualan, serta taktik yang digunakan untuk melengah-lengahkan mereka,” kata Dylan lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |