
Rakita meriahkan Aidilfitri dengan sentuhan muzik indie
PETALING JAYA – Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini diraikan dengan gaya tersendiri oleh stesen radio Rakita melalui penganjuran acara Indie Fitri yang menggabungkan elemen muzik, komuniti dan semangat perayaan dalam suasana mesra dan penuh warna-warni.

Acara bertemakan ‘Raikan Hari Raya Ala Indie – Dengan Muzik, Komuniti dan Keceriaan Perayaan itu berlangsung di Lobi Rakita hari ini.
Majlis yang dimeriahkan dengan kehadiran rakan media dan peminat muzik itu menampilkan persembahan artis-artis indie tempatan seperti Tasneem, The Alif, Arunboii dan Iqbal Othman.

Selain persembahan pentas, tetamu turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk rumah terbuka yang dihoskan oleh personaliti Rakita Atoi, Aqilah, Bob dan Neera, segmen karaoke, sesi ‘open mic’, permainan interaktif serta pemberian duit raya dan barangan eksklusif kepada pemenang peraduan.

“Indie Fitri bukan sekadar sambutan Aidilfitri, tetapi ia adalah ruang untuk kami menghargai komuniti Rakita yang sentiasa setia menyokong kami,” kata wakil Rakita dalam satu kenyataan.

Acara turut menyediakan pelbagai juadah Hari Raya dan sesi bergambar bersama artis jemputan, sekali gus mencipta suasana meriah dan mengeratkan silaturahim antara peminat dan penggiat muzik indie.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |