BERITA SEMASA

Raghad nafi Abdul Taib dalam keadaan kritikal

KUALA LUMPUR – Isteri bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Raghad Kurdi Taib hari ini menafikan suaminya berada dalam keadaan kritikal sepertimana tular di media dalam talian baru-baru ini.

Raghad dalam hantaran di Instagram hari ini berkata, gambar yang didakwa sebagai suaminya, Tun Abdul Taib Mahmud itu bukan gambar sebenar sebaliknya adalah individu lain.

“Saya telah menerima makluman mengenai satu sebaran di dalam talian yang memaparkan gambar suami saya, Tun Taib dalam keadaan kritikal.

“Di sini saya ingin tegaskan bahawa semua gambar itu bukan beliau (Abdul Taib), tetapi orang lain.

“Selain itu agensi berita juga telah mengesahkan bahawa gambar itu adalah orang lain,” dakwa beliau dalam hantarannya.

Sehubungan itu, Raghad meminta semua pihak menghormati privasi suaminya dengan menurunkan kandungan berita berkenaan.

Dalam perkembangan itu, beliau menyatakan bahawa Abdul Taib kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

“Tun Taib masih dalam pemulihan dan menerima rawatan di hospital di Kuala Lumpur. Semoga kami sentiasa dalam doa anda,” tulisnya.

Raghad sebelum ini merayu kepada semua pihak supaya tidak menuduh beliau melarikan Abdul Taib ketika sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kuching.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button