BERITA SEMASA

Radzi Jidin nafi tuduhan rasuah projek buku J-Qaf bernilai lebih RM80 juta

 

BANGI – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Dr. Mohd Radzi Jidin menafikan tuduhan terbabit dalam meluluskan projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf melibatkan lebih RM80 juta

Bekas Menteri Pendidikan berkata, tuduhan dalam mesej tular yang turut mengaitkan isterinya dengan tender percetakan buku pra-sekolah itu adalah tidak benar.

Kata beliau, isterinya bukan seorang kerabat diraja dan tidak mempunyai apa-apa kaitan mahupun kepentingan di dalam syarikat seperti yang didakwa dalam mesej di aplikasi Whatsapp yang tular.

“Saya tiada sebarang kaitan dengan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah sama sekali. Saya tiada sebarang kaitan dengan syarikat OTR One & Only tersebut.

“Isteri saya tiada sebarang kaitan dengan syarikat ATR One & Only tersebut. Perkara ini jelas kepada sesiapa yang sanggup membuat carian ke atas syarikat ATQ One & Only berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Radzi juga mengesahkan pegawainya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa penahanan bekas setiausaha politiknya dilakukan kononnya atas alasan bahawa beliau terlibat dalam perkara ini dan berdasarkan suatu mesej WhatsApp yang tular di media sosial.

“Saya menegaskan saya tidak pernah meminta atau menerima, sama ada secara terus atau melalui mana-mana orang lain, sebarang rasuah atau suapan daripada sesiapa pun sama sekali.

“Saya menegaskan saya tidak pernah meminta atau menerima, sama ada secara terus atau melalui mana-mana orang lain, sebarang rasuah atau suapan daripada sesiapa pun sama sekali,” katanya.

Mohd. Radzi juga mendakwa, SPRM sedang bertindak atas arahan pihak atasan kerana pernyataan-pernyataan yang dibuatnya di Parlimen pada Selasa lalu.

Tambahnya, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya ke atas sesiapa sahaja yang mengulangi atau menerbitkan semula tuduhan tersebut.

Terdahulu, media melaporkan, dua individu termasuk seorang bekas setiausaha politik ditahan SPRM kerana disyaki meminta rasuah bagi meluluskan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta membabitkan sebuah kementerian secara rundingan terus.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button