Berita SemasaAutomatif & Teknologi

Qiang Long sokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dengan K-Tech Patch

KUALA LUMPUR – Syarikat teknologi inovatif Malaysia, Qiang Long Sdn Bhd, menyahut saranan kerajaan melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 menerusi produk terbaru mereka, K-Tech Patch.

Presiden Qiang Long, Eric Chiwe berkata, penggunaan K-Tech Patch bukan sahaja dapat mengurangkan kesan penggunaan kenderaan kepada alam sekitar, malah ia dapat memberikan penjimatan kepada pengguna dengan mengurangkan penggunaan bahan api.

“Ketika harga minyak dunia kekal memuncak dan permintaan bagi teknologi hijau amat diperlukan, K-Tech Patch adalah penyelesaian berimpak tinggi dengan kos rendah bagi pengguna dan pasaran.

“Kelebihan yang terbukti dalam penjimatan minyak dan pengurangan kos hidup serta operasi harian, K-Tech Patch dijangka menjadi produk permintaan tinggi di pasaran dunia,” ujarnya selepas majlis pelancaran K-Tech Patch, semalam.

Mengulas lanjut, Qiang Long menjangkakan seramai 1 juta pengguna tempatan dan 5 juta pengguna global akan menggunakan K-Tech Patch tahun depan.

Beliau berkata, sasaran itu kemdudian akan meningkat pesat pada tahun 2026, dengan jangkaan 2 juta pengguna tempatan dan 8 juta pengguna global.

“Sasaran ini adalah selari dengan permintaan pasaran dunia yang kian meningkat terhadap produk teknologi hijau yang dapat memberikan manfaat terus kepada pengguna dan alam sekitar, bertepatan dengan misi memberi peluang kepada pemandu untuk memilih masa depan yang lestari.

“Saya mengalu-alukan peluang untuk mengetengahkan K-tech Patch ke luar negara agar ianya dapat menjana penerokaan pasaran baru, kerjasama serantau, serta peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan,” ujarnya.

Qiang Long menambah, selaras dengan usaha agresif untuk pengkomersialan di peringkat global, syarikat itu juga merancang untuk memasuki pasaran antarabangsa di negara-negara dengan isu pencemaran udara seperti Bangladesh, India, China, dan rantau Asia Tenggara menjelang 2025-2026.

“Menerusi produk ini juga, ia mampu memperkukuh peranan Malaysia bagi menerajui kejuruteraan automotif, sekali gus merealisasikan impian untuk mempunyai teknologi cekap tenaga,” katanya.

Sementara itu, Qiang Long berkata, K-Tech Patch telah berjaya mendapatkan pensijilan kualiti daripada institut-institut berprestij dunia dalam bidang kejuruteraan dan automotif.

“Teknologi ini telah mendapat pengiktirafan daripada Kesatuan Jaminan Teknikal Eropah (TÜV NORD), SIRIM serta Agensi Nuklear Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pengiktirafan ini memberi jaminan kualiti, keselamatan dan keberkesanan dalam sektor automotif,” jelasnya.

Sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan kempen ini, Qiang Long turut mengalu-alukan kerjasama daripada pengedar dan stokis automotif tempatan serta pempengaruh dalam sektor e-dagang di seluruh negara.

Pendaftaran kini dibuka dan percuma untuk 500 peserta terawal dan maklumat lanjut pendaftaran boleh didapati melalui laman web rasmi https://qianglongtech.com/about-k-tech-1

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button