BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Putrajaya giat rancang rundingan tarif dengan AS, Johari tekankan kepentingan lindungi komoditi negara

PUTRAJAYA – Malaysia sedang membuat persiapan rapi menjelang rundingan rasmi tarif bersama Amerika Syarikat (AS), dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi menekankan kepentingan melindungi kepentingan sektor komoditi negara, khususnya minyak sawit.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, walaupun AS bukan pembeli utama produk minyak sawit Malaysia, pasaran itu tetap signifikan dan mempunyai nilai strategik.

“Kita telah kemukakan semua fakta dan maklumat berkaitan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk digunakan dalam rundingan akan datang.

“Sebagai contoh, walaupun AS bukan pasaran utama bagi minyak sawit, kita masih mengeksport hampir RM4.9 bilion setahun ke pasaran itu,” katanya memetik BH online.

Menurut beliau, pasaran eksport terbesar minyak sawit Malaysia ketika ini ialah Eropah, India dan China yang menyumbang lebih 40 peratus daripada jumlah eksport keseluruhan.

“Tetapi kita tidak boleh mengetepikan AS kerana selain minyak sawit, kita juga mengeksport sarung tangan getah lebih RM8 bilion setahun, produk berasaskan kayu hampir RM6.5 bilion dan koko sekitar RM1.6 bilion.

“Jumlah keseluruhan eksport komoditi negara ke AS sahaja mencecah antara RM20 bilion hingga RM21 bilion,” ujarnya.

Johari berkata, secara keseluruhan, sektor komoditi negara merekodkan nilai eksport tahunan sekitar RM186 bilion ke seluruh dunia.

“Malaysia komited untuk memastikan sebarang rundingan tarif tidak menjejaskan kepentingan sektor komoditi dan terus menyumbang kepada ekonomi negara,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button