BERITA SEMASAPMX

Putrajaya FOI wajar dijadikan acara tahunan

PUTRAJAYA – Festival Idea Putrajaya (FOI Putrajaya) wajar dijadikan acara tahunan kerana ia mampu memupuk pemikiran baharu, daya cipta, dan kreativiti dalam kalangan generasi muda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, idea memainkan peranan penting dalam membangunkan negara, seperti yang diaspirasikan melalui kerangka Malaysia MADANI, yang mana penerimaan dan perbincangan idea perlu berakar pada nilai murni, termasuk kemanusiaan dan kebaikan.

“Idea pembaharuan dalam kerangka Malaysia MADANI harus berakar pada jati diri bangsa, nilai, budaya, bahasa, dan keyakinan agama. Negara hanya akan maju jika idea ini diterjemahkan dalam kehidupan seharian rakyat,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan festival itu, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri ABu Bakar.

Terdahulu, Zambry sudah menyatakan komitmen untuk menganjurkan FOI Putrajaya setiap tahun dalam menjadikan Putrajaya sebagai “The City of Ideas” di peringkat nasional dan antarabangsa.

Anwar kemudiannya menegaskan bahawa elemen seperti kemajuan teknologi, matematik, tenaga baharu, dan kecerdasan buatan memerlukan percambahan idea yang kreatif, dan festival ini dilihat mampu menggalakkan daya fikir kritikal dan inovatif.

Tambah beliau, idea yang lahir harus berasaskan nilai luhur dan keyakinan kepada agama serta kemanusiaan, kerana tanpa tindakan, idea hanyalah seperti pohon yang tidak berbuah.

Enam tonggak Malaysia MADANI – KeMampanan, KesejAhteraan, Daya cipta, HormAt, KeyakiNan, dan Ihsan – menjadi panduan penting dalam festival ini, yang turut memberi peluang masyarakat berkongsi pandangan dalam pelbagai bidang.

FOI yang julung kali diadakan ini berlangsung selama tiga hari.

Selain forum dan sidang selari menerusi MyIDEAS yang mengumpulkan lebih daripada 80 pakar, festival ini turut menganjurkan karnival pekerjaan yang menawarkan 10,000 peluang pekerjaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button