
Iran tidak minta sokongan ketenteraan Rusia – Putin
MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan Iran tidak memohon bantuan ketenteraan daripada Moscow meskipun ketegangan dengan Israel terus memuncak.
Menurut beliau, kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara tidak direalisasikan walaupun terdapat tawaran sebelum ini.
“Iran tidak meminta kami sebarang bantuan ketenteraan.
“Walaupun Rusia sebelum ini mencadangkan pembangunan bersama sistem pertahanan udara, namun sambutan daripada Tehran kurang memberangsangkan.
“Kami pernah menawarkan kerjasama membina sistem pertahanan udara, tetapi mereka menunjukkan minat yang sangat terhad,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam perkembangan berkaitan, Putin menyatakan penyelesaian terhadap ketegangan antara Iran dan Israel penting demi kestabilan rantau berkenaan.
Beliau menyifatkan terdapat ruang mencari jalan tengah dalam menangani kebimbangan kedua-dua pihak dan cadangan tersebut telah disalurkan kepada pihak berkepentingan.
Menurut Putin, kerja-kerja pembinaan dua unit baharu di Loji Nuklear Bushehr sedang berjalan hasil kerjasama antara Rusia dan Iran.
“Lebih 200 pakar kami kini berada di tapak untuk meneruskan kerja pembinaan. Kontrak sudah dimeterai dan projek sedang berjalan,” jelasnya.
Putin memaklumkan Rusia telah mencapai persefahaman bersama kepimpinan Israel bagi memastikan keselamatan negara itu tetap terjamin sepanjang tempoh kerjasama dengan Iran.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |