BERITA SEMASALUAR NEGARA
Putin isytihar gencatan senjata sementara sempena Easter di Ukraine
MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin, mengisytiharkan gencatan senjata sementara sempena sambutan Easter di Ukraine, bermula jam 6 petang Sabtu hingga tengah malam Isnin, waktu tempatan.
Pengumuman itu dibuat Kremlin menerusi saluran Telegram rasmi pada Sabtu, dengan menyatakan keputusan tersebut diambil atas dasar kemanusiaan.
Moscow turut menyatakan bahawa pihaknya menjangkakan Ukraine mengambil langkah serupa, namun setakat ini tiada maklum balas rasmi dikeluarkan oleh Kyiv.
Dalam pada itu, tentera Rusia telah diarahkan untuk kekal bersiapsiaga sekiranya berlaku sebarang pelanggaran gencatan senjata, provokasi atau tindakan agresif daripada pihak lawan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |