BERITA SEMASA

Pusat tahfiz hampir musnah dalam kebakaran

Kesemua pelajar selamat

SIMPANG RENGGAM – Sebuah pusat pengajian tahfiz di Kampung Chokro, dekat sini, musnah hampir 70 peratus dalam satu kebakaran, awal pagi tadi.

Kejadian itu tidak melibatkan sebbarang kemalangan jiwa apabila kesemua 12 pelajar bersama seorang pengajar berjaya menyelamatkan diri sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

kebakaran pusat tahfiz
Kebakaran itu menyebabkan hampir 70 peratus bangunan pusat tahfiz itu musnah.

Menurut Komander Operasi, PPgB Mohd Nizar bin Ma’mun, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.21 pagi.

“Sebaik menerima panggilan, sekumpulan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, BBP Ayer Hitam, dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Simpang Renggam dihantar ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan operasi pada jam 1.40 pagi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah satu tingkat yang dijadikan pusat pengajian tahfiz, berukuran 70 x 50 kaki dan berstruktur separuh kekal. Api sedang marak ketika pasukan kami tiba,” katanya.

Operasi pemadaman bagaimanapun berdepan kesukaran kerana ketiadaan pili bomba di lokasi kejadian.

“Anggota terpaksa menggunakan bekalan air diperoleh dari pili bomba sejauh dua kilometer secara ulang-alik sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” kaytanya lagi.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 2.27 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.07 pagi.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button