
Puma penaja baharu jersi Harimau Malaya
PETALING JAYA – Jersi rasmi pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya akan menggunakan jenama antarabangsa, Puma.
Kerjasama strategik itu diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan, hari ini.
FAM memberitahu, kerjasama selama empat tahun itu berkuatkuasa, hari ini.
“Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting untuk bola sepak Malaysia. Ia menggabungkan bersama dedikasi FAM terhadap sukan nombor satu dunia itu, serta legasi inovasi dan kecemerlangan PUMA di dalam dan luar padang,” katanya.
“Butiran lanjut mengenai perjanjian kerjasama FAM dan PUMA akan dimaklumkan pada majlis pelancaran yang akan diumumkan nanti,” kata kenyataan itu lagi.
Dalam pada itu, FAM mengucapkan terima kasih kepada jenama sukan Nike yang menaja pakaian dan jersi rasmi Harimau Malaya sebelum ini selama 18 tahun sejak Januari 2007 hingga Disember 2024.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






