
Pulau Pinang rakam penghargaan, sedia semarakkan Hari Malaysia 2025
GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambut baik pemilihan rasmi negeri itu sebagai tuan rumah bagi penganjuran Sambutan Hari Malaysia 2025 peringkat kebangsaan
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata pihaknya menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menganjurkan sambutan berprestij itu.
“Mewakili Kerajaan Negeri, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memutuskan untuk mengadakan Sambutan Hari Malaysia bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, tetapi juga secara bergilir-gilir antara negeri di Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan.
Sambutan yang bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” itu bakal berlangsung pada 16 September ini di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth.
Baca juga : Tema Hari Kebangsaan 2025: ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni
Ia dijangka berlangsung meriah dengan pelbagai program sisipan yang dirancang bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat.
Terdahulu, Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025, Datuk Fahmi Fadzil bersama Kon Yeow telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk di Pulau Pinang hari ini.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Zulkifli Long serta Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi, Mazlan Abd Mutalib.
Penganjuran sambutan di Pulau Pinang ini dijangka bukan sahaja meriah, malah akan turut menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan serta memperkukuhkan semangat perpaduan nasional selaras dengan agenda Malaysia MADANI.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |