BERITA SEMASA

PTPTN: 13.55 peratus peminjam tidak pernah buat bayaran bayaran balik

KUALA LUMPUR – Seramai 383,637 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak pernah membuat bayaran balik pinjaman mereka setakat 31 Disember 2024.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, angka itu merupakan 13.55 peratus daripada 2,831,742 peminjam yang sepatutnya membuat bayaran semula pinjaman.

Ini diikuti seramai 817,872 peminjam lagi membuat bayaran balik secara tidak konsisten dan mempunyai tunggakan bayaran balik.

Jelasnya, peminjam-peminjam terutama dari golongan B40 yang mengalami kesukaran untuk melakukan bayaran semula, mereka dinasihatkan berbincang bersama PTPTN untuk pelaksanaan penstrukturan bayaran pinjaman.

“Kami membuka ruang sebaik mungkin kepada mereka ini untuk berbincang, sekiranya tidak mampu, tidak akan dikenakan apa-apa tindakan, cuma bincang.

“Jangan tidak bayar terus, banyak juga maklumat kami terima, memang mampu, tapi tidak bayar, itu menjadi masalah,” katanya.

Mustapha berkata demikian ketika sesi lisan di Dewan Negara, di sini hari ini.

Sementara itu, seramai 1,044,595 peminjam PTPTN sudah menyelesaikan bayaran balik pinjaman mereka.

“Secara terperinci, seramai 1,044,595 peminjam telah selesai membayar balik pinjaman mereka.

“Manakala, 585,638 pula peminjam sedang membuat bayaran balik secara konsisten dan tiada tunggakan bayaran,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button