
PTKL 2040 permulaan era baharu perancangan pembangunan ibu negara
KUALA LUMPUR – Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040 yang dilancarkan hari ini menandakan permulaan kepada rombakan besar dalam perancangan pembangunan ibu negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PTKL 2040 yang tertangguh akibat pandemik COVID-19 sebelum ini, mengambil kira kepentingan untuk membangunkan perumahan dan kemudahan rakyat di bandar raya ini, terutama majoriti penduduk golongan B40 dan M40.
“Selalunya pembangunan bandar itu meletakkan pembangunan rakyat hanya satu kelompok, terasing dan semua kemudahan tertumpu kepada kelompok lebih selesa.
“Tiada salahnya pendekatan itu, tapi ia harus lebih terangkum, barulah ada makna manusiawi mengikut falsafah MADANI.
“Ini harus dimengerti dan saya percaya selepas peluncuran PTKL 2040 ini, bukan saja pegawai dan pimpinan politik, tapi korporat serta pengusaha utama dalam membangunkan (Kuala Lumpur) harus mengambil kira (pendekatan ini),” katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran PTKL 2040, di sini hari ini.
PTKL 2040 dirangka bagi memastikan ia lebih terangkum, sejajar kemajuan teknologi digital dan memenuhi konsep manusiawi seperti yang digariskan di bawah konsep Malaysia MADANI.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |