Berita Semasa

PSSS bergerak, JPN ditempatkan di PPS mangsa kebakaran paip gas – Noraini

SUBANG JAYA – Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) secara mobile atau bergerak akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, langkah tersebut adalah bagi memastikan mangsa yang mengalami kesan trauma akibat bencana itu diberikan kaunseling.

Selain itu, beliau berkata, kementeriannya juga akan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membantu mangsa mendapatkan penggantian dokumen pengenalan diri seperti Kad Pengenalan.

“PSSS juga akan membantu untuk mendengar dan membantu mereka yang memerlukan, manakala KPKWM juga berkerjsama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menempatkan kaunter khas di PSS.

“Kita akan mulakan dan kita akan minta JPN untuk berada bersama sekali sebab ramai mangsa yang keluar dari tempat kejadian dalam keadaan sehelai sepinggang , tidak mempunyai dokumen seperti Kad Pengenalan dan sebagainya,” katanya lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di PPS Masjid Putra Heights hari ini.

Antara mangsa kebakaran paip gas yang ditempatkan PPS Masjid Putra Heights.

Noraini menambah, PSSS yang digerakkan melalui Yayasan Kebajikan Negara juga akan dibuka di Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) Camelia, yang dianggarkan dapat menempatkan 30 keluarga.

Sebagai rekod, PPS tersebut baru sahaja dibuka dan kini menempatkan sembilan keluarga.

Dalam pada itu, Noraini turut menzahirkan penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan dan agensi yang terlibat.

Dalam kejadian semalam, letupan paip gas bawah tanah yang menggegarkan kawasan penempatan di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, telah mencetuskan kebakaran besar sehingga menyebabkan 145 penduduk cedera dengan kebanyakannya melecur akibat bahang api terlampau panas.

Insiden itu turut menyebabkan 300 kediaman mengalami kerosakan, termasuk 78 dilaporkan musnah sepenuhnya, selain lebih 100 kenderaan milik penduduk terjejas, manakala sebahagian penduduk terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button