
Proton perkenal eMas Jumaat ini?
KUALA LUMPUR – Proton memperkenalkan ‘teaser’ kenderaan elektrik (EV) pertama mereka, eMas (e.MAS) yang akan dilancarkan pada Jumaat ini, lebih awal dari jangkaan pada Disember sebelum ini.
Model baharu itu dijangka dinamakan eMas7 atau eMas E7 adalah berdasarkan model Geely Galaxy E5.
EV ini menggunakan Global Intelligent New Energy Architecture (GEA) E5 dengan paparan instrumen digital 10.25 inci dan skrin sentuh infotainment 15.4 inci.
Bagi versi Geely, kenderaan ini dilengkapi sistem bunyi Flyme Sound 16 sistem audio berkuasa 1,000 watt.
Kereta ini dijangka sama dengan E5 yang ditawarkan di China dengan motor elektrik tunggal di hadapan menghasilkan 218 PS (160 kW) dan 320 Nm tork serta dua pilihan bateri lithium iron phosphate (LFP) – 49.52 dan 60.22 kWh.
E5 dijual pada harga antara 123,000 yuan (RM78,300) dan 157,000 yuan (RM100,100) di China dengan versi Malaysia dijangka lebih tinggi.
Selain EV kategori SUV itu, Proton juga dijangka memperkenalkan satu lagi sedan dan kenderaan utiliti sukan (SUV/hatchback) di bawah jenama eMas, dipercayai menjadi S70 Hybrid dan Geometry Xingyuan yang dijenama semula.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






