
Projek telekomunikasi Tanjung Asam atasi jurang digital komuniti B40 Teluk Kumbar
TELUK KUMBAR – Inisiatif ‘Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet’ anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah berjaya menyediakan akses internet dan liputan mudah alih 4G serta 5G bagi kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan.
Salah satu projek di bawah inisiatif berkenaan adalah pembinaan menara telekomunikasi di kawasan Tanjung Asam di sini, yang dijangka dapat memberi impak besar dalam meningkatkan kesalinghubungan digital, memperkasa komuniti B40 dan menyokong perkembangan sosioekonomi tempatan.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari, yang melawat tapak projek tersebut semalam, menyifatkan inisiatif ini sebagai merupakan satu langkah penting dalam menangani jurang digital masyarakat setempet.
“Projek ini adalah satu langkah penting ke arah merealisasikan aspirasi ‘Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet’.
“Menara ini dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2024. Mari bersama-sama meneruskan usaha untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri pintar, hijau, dan berdaya huni,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Projek ini dilaksanakan menerusi kerjasama strategik antara Konsortium Jaringan Selangor (KJS) sebagai peneraju infrastruktur rangkaian dengan YTL Communications (YES) iaitu penyedia internet berkelajuan tinggi serta liputan selular yang meluas di Malaysia.
Projek ini melibatkan pembinaan menara telekomunikasi setinggi 60 meter di Jalan Gertak Sanggul dalam tempoh empat minggu, yang akan dapat memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk, termasuk komuniti B40 dan golongan nelayan apabila beroperasi nanti.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |