BERITA SEMASADALAM NEGERI

Projek rintis Waktu Bekerja Berlainan dibatalkan

KUALA LUMPUR – Projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) yang sebelum ini diperkenalkan dibatalkan selepas keputusan dibuat oleh Jemaah Menteri untuk memberi ruang kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, keputusan itu diambil berdasarkan pertimbangan teliti terhadap pelbagai faktor yang dibangkitkan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Abu Bakar Suleiman,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Kenyataan media KKM.

Menurut beliau, jawatankuasa berkenaan akan memfokuskan usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan kesihatan dan penjadualan waktu kerja yang lebih efisien.

“KKM komited untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan adil bagi semua, khususnya petugas kesihatan,” ujarnya.

Terdahulu, pelaksanaan WBB menerima kritikan daripada pelbagai pihak, termasuk Hartal Doktor Kontrak (HDK) yang mendakwa ia diperkenalkan tanpa penglibatan pihak berkepentingan utama.

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) turut menyuarakan kebimbangan bahawa WBB boleh memburukkan lagi kekurangan tenaga kerja, menyebabkan petugas kesihatan dibebani tugas berat, sekali gus menjejaskan kualiti penjagaan pesakit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button