
Projek rintis MOCN 4G Enam Hala perluas liputan internet luar, pinggir bandar
CYBERJAYA – Pelaksanaan projek rintis perkongsian Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) 4G Enam Hala secara langsung dapat memperluas liputan internet di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadil berkata, pelaksanaan projek itu di Menara Komunikasi Tanjung Asam, Pulau Pinang sudah memanfaatkan lebih 3,000 penduduk di kawasan Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar yang kini menikmati kemudahan internet yang lebih stabil dan berkualiti.
“Langkah ini selari dengan inisiatif “Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet” dalam memperluas capaian digital kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini.
Projek MOCN itu menyaksikan kerjasama antara pelbagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama di Malaysia untuk berkongsi infrastruktur rangkaian bagi memastikan capaian yang lebih menyeluruh, cepat dan kos efektif kepada rakyat.
Pendekatan sedemikian turut sejajar dengan prinsip Kerajaan MADANI dalam memastikan tiada komuniti tercicir daripada arus digital, terutamanya di kawasan yang sebelum ini berdepan masalah liputan internet tidak stabil.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |